TOPMAN 3 - Herba Untuk Lelaki Untuk Atasi Masalah Ketegangan & Mati Pucuk Yang Berkesan( KLIK DI SINI )

UNTUK URUSAN PENGIKLANAN SILA HUBUNGI

jeejebon@gmail.com.

Monday, 27 April 2015

Penjawat Awam Positif Ganja Serang Petugas Pas Rompin

Seorang penjawat awam antara dua suspek ditahan polis berikutan kes serangan terhadap petugas Bilik Gerakan PAS, awal pagi semalam.

Kedua-dua suspek itu ditahan ketika hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Rompin untuk membuat laporan polis mengenai kejadian itu petang semalam.


Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Sharifuddin Ab Ghani berkata suspek yang berumur 41 dan 46 tahun itu, disah positif ganja selepas saringan ujian air kencing dilakukan terhadap kedua-dua mereka.

Polis kini sedang mendapatkan perintah mahkamah bagi menahan reman mereka bagi membantu siasatan, katanya pada sidang media hari ini.

"Berdasarkan maklumat yang diterima suspek telah membuat huru-hara di Bilik Gerakan PAS Bandar Rompin yang disusuli dengan pergaduhan kecil.

"Salah seorang daripada suspek merupakan seorang kakitangan awam manakala seorang lagi bekerja sendiri dan kita akan mendapatkan perintah mahkamah untuk menahan reman kedua-dua suspek berkenaan mulai hari ini," katanya.

Sharifuddin berkata motif kejadian dipercayai khayal dan kedua-dua mereka disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana mengugut, dan Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya kerana penyalahgunaan dadah.  

Beliau berkata pihak polis juga telah memaklumkan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam mengenai penglibatan anggotanya dalam kejadian itu.

- mkini


Read More...

Pemimpin Kanan Umno Mula Bergerak Menentang 1MDB



Beberapa pemimpin Umno mula menyebarkan maklumat mengenai syarikat pelaburan strategik milik Kementerian Kewangan yang dibebani hutang, 1Malaysia Development Berhad (1MDB), bagi mengelakkan berlaku lebih banyak kerosakan terhadap kewangan kerajaan, kata wartawan veteran Datuk A Kadir Jasin hari ini.

Melalui blog miliknya, bekas ketua pengarang akhbar New Straits Times itu berkata, beliau terkejut apabila mendapati baru-baru ini dokumen 1MDB dilihat pemimpin Umno yang menyokong Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan maklumatnya dikongsi untuk cuba membersihkan imej syarikat tersebut.

"Saya terkejut apabila beberapa hari lalu, beberapa pemimpin kanan Umno, termasuk menteri, yang sebelum ini menyokong perdana menteri, memberitahu saya kisah berbeza.


"Seorang daripada mereka berkata, pernah melihat dan meneliti dokumen 1MDB, serta berkongsi maklumat itu dengan anggota parti untuk memastikan tiada lagi kerosakan dilakukan kepada kewangan kerajaan dan mereka yang bersalah akan dipertanggungjawabkan," kata Kadir dalam blog miliknya, kadirjasin.blogspot.com.

Beliau berkata demikian sebagai tanda, mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tidak bersendirian dalam cubaannya untuk menyingkirkan Najib dari Putrajaya.

Dr Mahathir semakin kerap menyerang Najib, selain membangkitkan isu 1MDB yang kini dibebani sejumlah RM42 bilion hutang, beliau turut membangkitkan isu pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Melalui blognya, Kadir turut berkata, 1MDB seharusnya berpeluang memberikan penerangan berkenaan perjanjian perdagangannya ketika pertemuan pelabur di ibu negara baru-baru ini, namun syarikat berkenaan tidak menghadirkan diri.

"Jika lembaga penasihat, pengarah dan pengurusannya begitu pasti berkenaan modus operandi dan ketelusan mereka, mereka sepatutnya hadir sidang berkenaan," katanya, merujuk kepada forum Invest Malaysia 2015 yang berlangsung pada 23 April lalu.

Pengerusi Kumpulan CIMB Group Datuk Seri Nazir Razak juga menyuarakan rasa kecewa susulan kegagalan 1MDB hadir dalam forum berkenaan.

Nazir, yang merupakan adik kepada Najib berkata, kegagalan syarikat berkenaan menghadirkan diri "tidak membantu" dan hanya menambah persepsi negatif terhadap skandal yang membelenggu 1MDB.

"Kami menjemput 1MDB tetapi mereka menolaknya. Mereka enggan turut serta. Saya kecewa kerana saya fikir mereka mempunyai elemen penting dalam Invest Malaysia, memandangkan isu berkenaan hangat diperkatakan.

"Penting untuk kami mengetahuinya. Keseluruhan isu 1MDB ini, lebih awal ia dijelaskan, lebih baik untuk semua orang. Bila isu dibiarkan, orang akan menjangkakan yang terburuk," kata Nazir.

- tmi



Read More...

12 Anggota Militan IS Sedang Uji Bom Ditangkap




sekumpulan 12 rakyat tempatan yang disyaki menganggotai kumpulan militan Negara Islam (IS) ditangkap ketika sedang menguji bahan letupan di sebuah kawasan terpencil Gunung Nuang dekat Hulu Langat, semalam.

Difahamkan kumpulan berkenaan mahu menguji bahan letupan jenis ammonium nitrate fuel oil atau dikenali ANFO untuk perancangan melakukan serangan di beberapa kawasan strategik di seluruh negara.

Menurut sumber, anggota militan IS melakukan eksperimen terbabit selepas mempelajari cara-cara membuat bahan letupan menerusi internet.

“Ujian awal itu juga dilakukan bagi melihat keberkesanan bom me­mandang­kan mereka tidak mempunyai pengalaman ekoran tiada pakar membuat bom dalam kumpulan terbabit.

“Jika berjaya, ANFO sebanyak 40 hingga 50 kilogram boleh menghancurkan sebuah bangunan setinggi tiga hingga empat tingkat,” katanya.

Tambah sumber, kumpulan militan tersebut merancang melakukan serangan selepas dikatakan mendapat ‘mandat’ daripada pemimpin IS di Syria.

Dalam perkembangan berkaitan, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan 12 anggota militan yang ditangkap itu sedang merancang untuk melancarkan serangan ke atas sasaran strategik dan berkepenting­an kerajaan di sekitar Lembah Klang.

Kata beliau, kesemua mereka yang ditangkap Bahagian Counter Terrorism (E8) Cawangan Khas itu adalah rakyat tempatan yang berusia antara 17 hingga 41 tahun.

Katanya, tangkapan tersebut dibuat di sekitar Hulu Langat, Selangor dan Cheras semalam dan hari ini.

“Antara barang yang dirampas dalam operasi terbabit adalah bendera IS, serbuk dipercayai ammonium nitrate sebanyak lebih 20 kilogram, serbuk dipercayai potassium nitrate (20 kilogram) dan cecair kerosin (2 liter) yang digunakan bagi menghasilkan bahan letupan.

“Polis juga merampas empat biji bateri 9 volt, batang paip PVC (tiga), alat kawalan jauh (dua), penimbang digital, penyukat (dua), motor penggera, pelbagai jenis wayar dan beberapa peralatan yang digunakan menghasilkan bahan letupan,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Khalid berkata, rancangan melancarkan serangan itu sebagai menyahut seruan pemimpin kanan IS di Syria ke atas negara Islam sekular yang didakwa sebagai musuh mereka.

“Selain itu, serangan berkenaan juga berbentuk tindak balas terhadap operasi penangkapan terhadap mereka yang disyaki terlibat dengan IS oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM),” jelasnya.

- utusan


Read More...

Sunday, 26 April 2015

Pemuda PAS Pmtg Pauh kekal boikot PKR




Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang (DPPNPP) bertegas tidak akan membantu gerak kerja Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil (PRK) kawasan Parlimen Permatang Pauh.

Ketuanya Mohd Yusni Mat Piah berkata keputusan itu diambil selepas AMK Pulau Pinang masih enggan memohon maaf selepas mengeluarkan kenyataan yang didakwa memfitnah Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, walaupun diberi tempoh sehingga semalam.

"DPPNPP dengan ini menetapkan pendirian bahawa semua jentera dan petugas Pemuda PAS Negeri direhatkan daripada semua gerak kerja sepanjang PRK Permatang Pauh. Semua Bilik Gerakan Pemuda tidak akan dibuka sama sekali. Mana-mana premis di bawah seliaan Pemuda juga tidak dibenarkan untuk digunakan sepanjang PRK Permatang Pauh.

"Malahan kumpulan Alternatif Riding Club (ARC) bagi aktiviti konvoi anak-anak muda atau seumpamanya, petugas keselamatan Jabatan Amal Negeri dan semua guru PASTI juga akan direhatkan daripada bertugas dalam PRK ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd Yusni berkata pihaknya tidak akan terlibat dengan mana-mana jemputan untuk menyertai pentas ceramah sepanjang tempoh berkempen.

Kemelut yang melanda kempen Pakatan Rakyat, sebelum ini dianggap selesai selepas presiden yang juga calon PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengadakan pertemuan dengan PAS Permatang Pauh dua hari lepas.

Yang Dipertua PAS Permatang Pauh Omar Hassan semalam menyifatkan kemelut itu sudah selesai dan tidak lagi timbul isu permohonan maaf yang dituntut sebelum ini.

"Kita telah mendapat arahan daripada Majlis Syura yang dipengerusikan Presiden supaya jentera pilihan raya PAS kawasan Permatang Pauh memberi sokongan," katanya.

Pengarah Operasi Pilihan Raya Pusat PKR, Datuk Saifuddin Nasution sewaktu sidang media harian parti hari ini berkata, pihaknya berpegang kepada jaminan yang diberikan PAS Pusat dan menganggap tindakan DPPNPP itu tidak selari dengan kepimpinan kanan PAS.

-Bernama



Read More...

Popular Posts

BlogList 3

Blog Pro Bn 1

Blog Pro BN 2

BlogList 4

Post Terdahulu

BlogList 5

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP